Menjadi pemangkin utama transformasi sektor agroteknologi dan keterjaminan makanan di Pulau Pinang serta di peringkat nasional dan antarabangsa. Melalui inovasi, kerjasama strategik dan keberhasilan mampan, Penang Agrotech Sdn. Bhd. komited untuk memperkukuh ekosistem pertanian, memperkasakan ekonomi negeri dan mewujudkan impak positif kepada kesejahteraan komuniti. Tambahan elemen pembangunan ekonomi holistik, termasuk impak sosial dan akses teknologi, akan memastikan visi ini berlandaskan inklusiviti dan keberkesanan jangka panjang. Penang Agrotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan sektor agroteknologi dan Keterjaminan Makanan sebagai tunjang utama dalam mempelopori industri agro di dalam dan luar negeri.
Memacu Ekonomi Berdaya Tinggi
Melalui inovasi dalam sektor pertanian, memperkasakan komuniti tempatan, dan menerajui amalan pertanian lestari untuk masa depan yang mampan.
Memperkasa Teknologi Inovatif
Menerajui penerokaan dan aplikasi teknologi terkini bagi meningkatkan produktiviti, kualiti serta nilai tambah dalam rantaian industri pertanian negeri Pulau Pinang.
Menyelaras Inisiatif Utama
Menyelaras program dan aktiviti strategik yang berkaitan dengan peningkatan produktiviti sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menjana hasil ekonomi negeri.
Memajukan Agro-Pelancongan
Menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi unggul agro-pelancongan domestik dan antarabangsa, sekaligus mempromosikan keunikan produk pertanian tempatan.