- Meningkatkan kerjasama antara jabatan, agensi dan pemegang taruh kerajaan bagi mencapai Visi Penang2030;
- Menilai dan menganalisa maklumat dan data mengenai situasi semasa industri pertanian dalam negara yang berkaitan dengan Pulau Pinang;
- Mengenal pasti teknologi terkini bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti produk pertanian mega untuk Pulau Pinang yang dapat memberi kesan berganda kepada industri pertanian;
- Memetakan, meningkatkan dan memastikan saluran-saluran dan rantaian bekalan makanan pada peringkat nasional, serantau dan antarabangsa untuk Pulau Pinang;
- Mengenal pasti ruang pasaran untuk produk pertanian yang dihasilkan di Pulau Pinang;
- Memastikan program pembangunan pertanian negeri selari dengan Dasar Pertanian Negara; dan
- Menggalakkan usahasama antara Kerajaan Negeri dengan pihak-pihak lain yang berkaitan dalam mengenal pasti dan menggunakan kaedah baharu untuk meningkatkan pengeluaran pertanian di Pulau Pinang.