#

SWOT Analisis

Kekuatan (Strengths)

Sokongan Kerajaan Negeri: Kedudukan strategik di Bawah Jawatankuasa MMK Agroteknologi & Keterjaminan Makanan

Fokus Industri Utama: Keutamaan terhadap agroteknologi dan keterjaminan makanan, selari dengan agenda ekonomi dan kelestarian negeri Fungsi Penyelarasan: Bertindak sebagai agensi koordinasi antara jabatan serta agensi negeri bagi merealisasikan matlamat dasar dan program

Potensi Sinergi: Mampu menjalin kerjasama dengan sektor swasta dan institusi penyelidikan untuk memacu inovasi dalam sektor pertanian.

Kelemahan (Weaknesses)

Struktur Organisasi Baharu: Masih dalam fasa penubuhan, dengan cabaran untuk membentuk struktur operasi yang cekap dan efektif.

Kebergantungan Sumber Awal: Bergantung kepada sokongan dana, polisi dan tadbir urus Kerajaan Negeri untuk operasi dan inisiatif awal.

Persaingan Sedia Ada: Kelewatan dalam penubuhan berbanding pemain-pemain industri yang lebih mapan.

#
#

Peluang (Opportunities)

Peluang Pasaran Global: Permintaan domestik dan antarabangsa terhadap produk pertanian berkualiti tinggi dari Pulau Pinang.

Agro-Pelancongan: Potensi menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat agro-pelancongan unggul bagi pelancong tempatan dan antarabangsa. Kerjasama Komuniti: Peranan koperasi dan pemain industri dalam pembangunan agroteknologi dan keterjaminan makanan negeri.

Transformasi Teknologi: Penggunaan teknologi canggih dan penyelidikan inovatif untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing.

(Ancaman)Threats



Ketidaktentuan Ekonomi: Risiko cabaran makro-ekonomi yang boleh menjejaskan operasi dan pendapatan sektor pertanian.

Perubahan Iklim: Ancaman perubahan cuaca yang memberi kesan negatif kepada pengeluaran dan keterjaminan makanan.

Kompleksiti Persaingan: Persaingan sengit daripada syarikat swasta dan pemain industri serantau yang lebih berpengalaman.

Risiko Birokrasi: Kebergantungan terhadap kelulusan polisi serta proses pentadbiran yang boleh melambatkan inisiatif utama.