Penang Agrotech Sdn. Bhd. (PASB) ialah anak syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab untuk memperkasakan agenda keterjaminan makanan di negeri Pulau Pinang di Malaysia.
PASB ditubuhkan pada hujung tahun 2024 dan memulakan operasi secara sepenuhnya pada bulan Januari 2025.
Antara peranan dan fungsi PASB termasuk:
- Melaksanakan dasar-dasar yang digubal oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Agroteknologi & Keterjaminan Makanan;
- Menyelaraskan program dan aktiviti yang berkaitan dengan agroteknologi dan keterjaminan makanan bagi menjana hasil kepada Kerajaan Negeri;
- Mempromosikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri pelancongan agro kepada masyarakat setempat dan pelancong asing;
- Menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan/ swasta dalam meningkatkan produktiviti pertanian, perikanan dan penternakan di negeri Pulau Pinang;
- Menjalinkan kerjasama dalam bidang kajian dan penyelidikan dengan institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi serta pihak swasta dari dalam dan luar negara serta menandatangani memorandum persefahaman untuk memperkasakan agenda keterjaminan makanan negeri; dan
- Menjalankan program dan aktiviti alternatif berkaitan pertanian berskala kecil dengan pulangan hasil yang besar dengan penggunaan kawasan atau ruang yang minimum.