#

Pengenalan

Penang Agrotech Sdn Bhd mula ditubuhkan secara rasmi mulai 1 Januari 2025. Penang Agrotech Sdn Bhd merupakan anak syarikat kerjaan negeri Pulau Pinang yang didaftarkan dibawah CMI ( Chief Minister Incoperated ). Penang Agrotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan sektor agroteknologi dan keterjaminan makanan sebagai tunjang utama dalam mempelopori industri agro di dalam dan luar negeri.

#
#

Aliran Pendapatan

Rakan Kongsi Strategik Mewujudkan kerjasama dengan pemain industri dan menjana pendapatan daripada jualan domestic dan antarabangsa. Pendapatan Agro-pelancongan Hasil daripada pengujung termasuk lawatan, penginapan dan pembelian produk Latihan dan Perundingan Pendapatan daripada menawarkan program peningkatan kapasiti dan perkhidmatan nasihat

Tonggak Kecemerlangan

Tonggak Kecemerlangan

Kelestarian Ekosistem

Menyediakan penyelesaian jangka panjang yang memanfaatkan masyarakat, ekonomi, dan alam sekitar.

Inovasi Teknologi

Memastikan syarikat sentiasa berada di barisan hadapan dalam teknologi dan amalan terbaik dalam agroteknologi.

Pembangunan Komuniti

Mengutamakan kesejahteraan komuniti dengan memperkasakan pembangunan sosial dan ekonomi tempatan.

Keterjaminan Makanan

Membangunkan sistem bekalan makanan yang cekap dan berdaya tahan untuk memenuhi permintaan tempatan dan eksport.

Kolaborasi Strategik

Mewujudkan jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan, institusi penyelidikan, dan sektor swasta.

Agro-Pelancongan Unggul

Menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi agro-pelancongan domestik dan antarabangsa yang menarik.